Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Darjat Anugerah Allah

February 1, 2010

Allah maha kaya. Kekayaan Allah terjelma dalam pelbagai aspek kejadian yang ada di alam maya ini dan balasan-balasan yang dikurniakan buat mereka yang berbuat kebaikan. Sifat kaya inilah yang menjadi salah satu daripada 2 sifat utama ketuhanan sebagaimana yang dirumuskan oleh para ulama akidah. Dua sifat yang tunggak ketuhanan Allah, iaitulah Istighna (kaya Allah daripada berhajat kepada makhluk) dan Iftiqar ( berhajat kepadaNya segala yang lain daripadaNya.

Sebuah kerajaan yang kaya dalam dunia ini, tidaklah sekaya mana jika mahu dibandingkan dengan sekelumit sahaja pun daripada kekayaan kerajaan Allah! Pada hakikatnya, semua kerajaan yang kaya pada tanggapan kita itu adalah tajalli sebuah kekayaan agung milik Allah SWT.

Sebuah kerajaan yang yang kaya dan makmur akan membuktikan kekayaan dan kemakmuran negara dengan pemberian pelbagai insentif kepada kakitangannya melebihi apa yang diberikan kepada rakyat terbanyak. Insentif yang diberikan kepada kakitangan awam itu boleh dilihat dalam bentuk pemberian anugerah, kenaikan pangkat, pergerakan gaji dan sebagainya. Sejuta orang yang bekerja sebagai kakitangan awam punya  darjat yang tidak sama antara satu sama lain dalam perkhidmatannya. Mereka dikelaskan kepada beberapa darjat yang dilebelkan dengan pelbagai kod buatan seperti DG, N dan sebagainya. Seorang yang berada pada DG 29 lebih rendah darjatnya daripada DG 41. Demikian DG 44 lebih tinggi darjat daripada DG 41. Para penjawat awam selalu memburu darjat-darjat ini dalam perkhidmatannya. Namun, tak semua mendapat darjat yang dikehendaki biarpun ada sesetengahnya telah melakukan segala keperluan yang dituntut bagi mencapai darjat tersebut. Ini kerana koata darjat itu terhad. Darjat tinggi dalam perkhidmatan awam seperti Jusa, bukan boleh dicapai semua orang yang berkecimpung dalam perkhidmatan awam.

Ini kerana sebuah kerajaan itu, betapa kayapun dan mewahnya dengan darjat anugerah buat kakitangannya, tetap miskin, kedekut dan berkira.
 
Tetapi Allah maha kaya. Darjat yang ditawarkannya tak dapat dihitung dengan bilangan. Pelbagai dan bermacam-macam.

Tak sama darjat orang berilmu dengan orang jahil. Sesama orang berilmu pun tak sama darjat. Orang berilmu yang menyampaikan ilmu tak sama dengan orang berilmu yang memeram ilmunya. Orang-orang berilmu yang menyampaikan ilmunya pula ada darjat-darjat yang berbeza-beza.  Manakan sama orang berilmu yang mengajar dengan ikhlas dan dengan bayaran. Manakan sama yang yang beramal dengan ilmunya dengan yang hanya menyampaikan ilmunya!

Ketika kita mempermudahkan seseorang untuk berbuat kebaikan, lalu orang itu telah berbuat kebaikan dengan sebab 'taysir' yang kita lestarikan, kita dijanjikan pahala kebaikan orang itu dengan ganjaran yang sama, tidak kurang sedikitpun.

Falsafah pemberian ganjaran yang sebegini mana ada di kalangan manusia! Hisab dan matematik manusia ada campur,tolak, bahagi dan darab yang menatijahjkan nilai tambah atau kurangan. Namun, hisab dan matematik Allah tidak begitu. Kalau buat baik dapat 700 pahala, yang tolong sokong perbuatan baik itu juga dapat 700 pahala. Berapa banyak orang yang menyokong, samalah juga pahalanya.

Seorang ulama yang memperjuangkan Islam, kita sokong dan dengan sokongan itu dia mendapat semangat dan inspirasi perjuangan, kita mendapat pahala perjuangannya, tidak kurang sedikitpun. Oh...mana boleh begitu. Dia bekerja siang malam, sedangkan kita hanya tolong sokong sahaja. Kita cuma mengundi untuknya!Tak kan sama pahalanya dengan pahala kita?Memang tak sama dalam aspek yang kita tidak terlibat dalamnya yang dibuat oleh ulama itu atas kapasiti peribadinya. Tetapi setiap yang dilakukannya hasul daripada 'taysir' yang kita berikan, kita berkongsi ganjaran. Inilah kekayaan Allah. Bukan berdasarkan logik akal manusia yang diwarnai cemburu, bakhil, tamak dan sebagainya.

Subhanallah...kayalah Allah yang memiliki darjat yang tak terhitung. 

Demikianlah firman Allah dalam Al-Quran:


وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِمَّا عَمِلُوا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Dan masing-masing orang memperoleh derajat-derajat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya. dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
(Surah Al-An’am:132)



Wahai Tuhan...kurniakan kami darjat yang tinggi di sisiMU!

1 comments:

abamuaz said...

Allahuakbar..tersentuh hati dengan luahan ustaz..Fenomena itu berlaku di mana sahaja..Masjid dan surau hanya dimakmurkan oleh mereka yang tak berpeluang belajar agama ketika muda..Ramai ustaz berpegang kepada sifat Qana'ah buta.. berpadalah dengan ganjaran pahala menuntut ilmu ketika muda..sekarang masa untuk berehat bersama keluarga dan anak2.. pernah menitis air mata mengenang kerenah ustaz2.. pengalaman di sandakan amat bermakna..

Post a Comment