Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Iftar Jama'i

September 1, 2009

Majlis Iftar Jama'i Masjid Al-Fajr

Pada bulan Ramadhan, banyak masjid yang menganjurkan iftar jama'i. Selain iftar jama'i anjuran masjid, terdapat juga iftar jama'i anjuran pihak-pihak tertentu melibatkan sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya. Tidak kurang juga iftar jama'i anjuran pertubuhan-pertubuhan, jama'ah dan harakah Islam, syarikat-syarikat perniagaan, NGO, jabatan kerajaan dan bermacam -macam lagi. Pendek kata, iftar jama'i menjadi satu trend biasa pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya iftar Jama'i adalah salah satu sunnah baginda Rasulullah. Islam sememangnya menjujung tinggi kehidupan berjemaah. Dari perkara ibadat, anjuran agar dikerjakan secara berjemaah ditanamkan, demikianlah dalam hal-hal lain. Lebih-lebih lagi kerja-kerja perjuangan Islam, tuntutan dilakukan secara berjema'ah mendapat keutamaan. Kerja-kerja perjuangan Islam dikatakan wajib dilakukan secara berjema'ah kerana ia merupakan prasyarat keberhasilan sesebuah perjuangan Islam.

Jika kita dapat memahami erti di sebalik iftar jema'i sebagai satu amalan yang mendapat ganjaran pahala berlebihan daripada Allah SWT sebagaimana solat jema'ah, tentu kita amat suka menghadiri iftar jama'i.

Mungkin akan timbul perkataan mengatakan iftar bersama anak isteri juga adalah iftar jama'i. Memang ia merupakan iftar jama'i tetapi, tidak sama iftar jama'i dengan jumlah yang ramai. Kalau dalam solat, solat jemaah yang lebih ramai lebih disukai Allah berbanding solat jemaah dalam kuantiti yang lebih sedikit, maka demikianlah iftar jama'i dalam kuantiti yang lebih ramai adalah lebih disukai Allah SWT.

Semoga dalam bulan Ramadhan ini kita memanfaatkan majlis-majlis iftar jama'i. Inilah pelaung-peluang menambahkan pahala puasa Ramadhan yang sering disia-siakan olah ramai orang.

Orang yang memberi makan dengan menyediakan makanan bagi iftar jama'i akan mendapat pahala setiap orang berbuka, tidak kurang sedikitpun pahalanya. Manakala orang yang datang berbuka mendapat ganjaran pahala puasa berlipat ganda kerana mengamalkan sunnah berjema'ah. Disamping itu, dia membantu di atas kebaikan dalam menyemarakkan budaya memberi makan orang yang berpuasa.

Allahumma barik lana fi Ramadhan!

0 comments:

Post a Comment