Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Kenduri kahwin-gulai sulung dan mandi buang sial

June 3, 2009

Musim cuti ini, ramai yang melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan adalah sunnah dan terpuji. Berkahwinlah kerana menurut sunnah, anda akan mendapat barakah dengan perkahwinan tersebut. Antara barakahnya, perkahwinan tersebut akan memperkuatkan lagi anda dengan perjuangan. Antara tanda tiada barakahnya, perkahwinan tersebut akan menjadikan anda semakin lemah, futur dan jauh daripada perjuangan.

Apabila bercakap mengenai perkahwinan, tak lari daripada walimah iaitu majlis perkahwinan.

Aku bernostalgia tentang sebuah episod kenduri kahwin yang pernah keluargaku adakan.

Ketika keluargaku mengadakan kenduri perkahwinan salah seorang adik perempuanku, seekor kerbau tumbang. Kerbau yang dibela bertahun-tahun oleh ibuku. Apabila selesai kerja-kerja melapah yang dilakukan oleh beberapa orang kampung, datanglah seorang makcik dengan sebuah bekas.

"Din...ibu kamu suruh ambil sedikit daging...", kata makcik itu.
"Daging sedang dilapah...lepas tu nak bawa ke tempat menyiang daging...", balasku.
"Ambil kat tempat melapah sana lah...nak buat gulai sulung", ujar makcik itu.
"Apa? gulai sulung?", aku tidak puas hati dan pergi mencari ibuku.
Istilah gulai sulung tersebut telah aku dengar semasa kenduri di rumah salah seorang bapa saudaraku dahulu. Aku tidak menyukai amalan itu kerana melihatnya sebagai mengandungi unsur-unsur khurafat dan tahyul.


"Mak...apa mak ada suruh ambil daging untuk buat gulai sulung?", tanyaku kepada ibu yang sedang duduk bersama kakakku di salah satu sudut.

"Ambik ajalah...amalan orang tua-tua...", ibuku berbisik perlahan.

"Tidak...kan dan saya terangkan pada mak...kita orang Islam dilarang buat gulai sulung...itu khurafat", kataku perlahan, mengingatkan ibuku tentang kritikanku atas apa yang dibuat semasa kenduri di rumah bapa saudaraku dulu.

Ketegasanku dalam soal itu diterima ibuku. Alhamdulillah. Akhirnya gulai sulung tak jadi buat.

Aku tidak tahu secara lengkap sejarah gulai sulung. Tetapi aku mengesan unsur kepercayaan tahayyul dan khurafat di sana. Kononnya, kalau binatang yang dipelihara seperti lembu dan disembelih untuk kenduri, dan gulai sulung tak dibuat, kenduri akan mengalami masalah. Mungkin lauk tak cukup atau ada yang akan sakit kemudiannya. Gulai sulung itu pula dimasak dengan cara tertentu dan tidak ramai yang tahu memasak gulai sulung.

Gulai sulung itu diangkat dan dihidangkan kepada pak lebai untuk didoakan.

Aku tak peduli hal itu. Biarpun ia didoakan atau tidak, aku merumuskan ia hanya sebuah adaptasi. Aku menduga, asal usulnya adalah kepercayaan paganisme nenek moyang terdahulu. Mereka membela lembu kerbau dan percaya kepada semangat yang ada bersama ternakan mereka. Kepercayaan kepada semangat, begitu kuat di kalangan petani-petani tradisioanal di Kedah. Sebagai contoh, bagi menyimpan padi dalam jelapang, ada satu sudut tersimpan botol air dalam bekas bersama gemal-gemal padi. Kononnya itulah semangat padi. Ibuku pernah menyimpannnya sehinggalah aku berjaya menghapuskannya.

Aku kira, dalam soal penternakan juga ada unsur kepercayaan terhadap semangat ini. Oleh itu, apabila sembelihan dibuat ke atas seseekor binatang ternak, demi menghormati semangat tersebut, gulai sulung dibuat. Mungkin zaman pagan dahulu, gulai sulung itu untuk jamuan semangat tersebut. Namun, bila Islam sudah dianut, ia diadaptasikan dengan bacaan al-Quran dan doa.

Bagiku adaptasi sebegini sudah sampai penghujungnya dan kini zamannnya ia dihapuskan.

Ketika menjelang tengahari hari majlis tersebut, adik bongsuku bergegas memberitahuku bahawa ada seorang pakcik sedang buat air mandian untuk adikku yang diraikan perkahwinannya.

"Air apa?"tanyaku sambil mengikutnya masuk ke dalam rumah.

"Entah....dia minta air setimba...katanya nak buat air mandian...buang siallah gamaknya...", adikku berkata perlahan.

Aku melihat seorang pancik yang amat kukenali sedang duduk bersila di depan sebaldi air seperti sedang membacakan sesuatu. Aku mengamati dari jauh dan tidak menganggunya. Aku pergi mendapatkan adikku yang diraikan perkahwinannya, dan memberi arahan kepadanya agar jangan mandi dengan air tersebut.

"Tiada sial yang perlu dibuang...", kataku.

Adikku akur. Aku memastikan dia menuang air jampian tersebut.

Bukan salah menjampi air. Lebih-lebih lagi membaca ayat-ayat suci al-Quran. Tak salah buat air penawar untuk tujuan tertentu. Tetapi, menjampi air untuk membuang sial adalah salah. Ia adalah kepercayaan karut yang dilarang oleh agama. Ia tak jauh daripada konsep mandi tolak bala yang dibuat orang pada bulan safar.

Demikian...biarpun aku tinggal dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan agak kuat beragama, unsur-unsur kepercayaan adat sekampung bukan satu hal yang mudah dipadamkan daripada meresap dalam keluarga. Aku berharap keluargaku terpelihara. Aku ingin mengubah dan menyingkirkan amalan-amalan khurafat seumpama itu di mana sahaja aku berada.

0 comments:

Post a Comment