Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Safar haji: Tikus kebulur dalam jelapang padi

May 25, 2009

Aku menyelak lembaran buku catatan perjalanan hajiku. Sebenarnya banyak lagi catatan perjalananku yang belum aku masukkan ke blog. Mungkin rasa tidak releven dan tiada keperluan. Namun, seminggu dua ini, aku hilang minat menulis. Mungkin tiada isu yang menuntut keperihatinan. Seharusnya tidak begitu. Dalam dunia luas ini, banyak sekali isu yang menuntut keperihatinan dan jika kita hendak menulis, banyak sekali yang boleh ditulis. Tulisan sebenarnya laksana sungai yang mengalir dari legeh pergunungan menuju kuala dan bersatu dengan laut khazanah cendikia terdahulu.

Aku ingin sekali menulis terus menerus. Menulis setiap derap langkahku. Menulis juga setiap kelibat yang melata di maya pada. Hidupku tidak sepanjang apa yang ingin aku tulis. Kenapa aku sia-siakan masa sehari dengan lakuna daripada menulis?

Sungguh sukar sekali mengimbangi antara keperluan menulis dan kemampuan menulis!

dalam kesempatan ini, biar aku tulis sedikit catatan safar haji yang tertunda yang sudah berkulat dalam buku catatan safarku.

Ini adalah berkenaan kejahilan seorang lelaki Arab Saudi.

Ketika aku bersama dengan jemaah haji KT54 dalam perjalanan pulang setelah 8 hari di Madinah, kami terpaksa solat subuh di Lapangan Terbang Madinah. Lapangan terbang di Arab Saudi sememangnya tidak menyediakan ruang solat yang selesa. Saya menyedari hal ini ketika sampai di Jeddah dahulu lagi. Dalam soal kemudahan solat ini, Lapangan terbang KLIA jauh lebih baik berbanding lapangan terbang di Arab Saudi.
Sahabat-sahabat yang pernah berkelana ke lapangan terbang negara-negara Arab yang lain juga menceritakan tentang tiada musalla di lapangan terbang negara-negara Arab.

Ironi sekali, sebuah negara yang saban tahun menerima jutaan jemaah haji, tidak menyediakan ruangan solat yang selesa di lapangan terbangnya.

Ketika kami sampai, waktu subuh pun sudah masuk. Kami ada kira-kira setengah jam lagi untuk boarding ke penerbangan balik ke Malaysia. Ketika itu, beberapa petugas di lapangan terbang, berbangsa Arab, mungkin yang menguruskan istiqbal para hujjaj, sedang menyusun naskhah-naskhah Al-Quran terjemahan untuk dibahagi-bahagikan kepada kami. Naskhah-naskhah tersebut dikeluarkan daripada kotak-kotaknya.

Oleh kerana kami tiada sejadah untuk solat subuh, salah seorang daripada kami mahu mengambil kotak-kotak yang telah kosong itu untuk dijadikan alas solat.

Lelaki Arab itu melarangnya. Aku menghampirinya dan bertanya kenapa tak boleh. Katanya, ada tertulis Al-Quran di atasnya. Aku meneliti tulisan di atas kotak tersebut. Tiada tulisan Al-Quran kecuali kalimah Arab iaitu:
مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف


Kalimah tersebut dikatakannya tulisan Al-Quran. Aku memberitahunya bahawa itu bukan Al-Quran dan mahu mengambil kotak itu buat alas solat subuh. Tetapi dia tidak percaya dan berhujjah seolah-olah dia pandai.

Aku menggeleng kepala atas kejahilan pak Arab tersebut. Sungguhlah kejahilan Arab menjadi sebab kenapa sampai hari ini mereka berpecah belah dan tidak mampu bersatu. Kadar buta huruf di kalangan rakyat Arab masih lagi tinggi. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menulis tentang sebab-sebab 'Takhalluf ' umat ini dengan meletakkan sifat buta huruf Arab sebagai salah satu puncanya.

Tulisan terdahulu aku pernah menulis mengenai seorang lelaki Arab yang tak suka bercakap fusha dan mengatakan adakah wajar kita bercakap dengan bahasa yang tidak dipercakapkan. Kejahilannya menyebabkan dia berkata begitu. Dia tidak tahu atau mungkin buat tidak tahu bahawa Al-Quran bercakap dengannya.

Seharusnya, sebagai bangsa yang mendepani ilmu Islam, baik dari segi sejarah maupun tempat, mereka lebih terkehadapan daripada lain-lain bangsa di dunia.
Tapi mereka umpama tikus kebulur dalam jelapang padi.


2 comments:

Unknown said...

Perkongsian drp ilmu yg daif:

Sejarah kebanyakannya telah menunjukkn bhw ramai drp mereka yang berjaya memartabatkan islam bukan drp gol arab.

Mungkin juga isi tersiratnya ialah islam bukan agama eksekutif hanya untuk golongan bangsa arab. Sebaliknya islam untuk mereka yang MAHU.

Teruskan menulis ust, saya tidak akan jemu berkunjung dan memberikan pandangan mengenai apa yang saya TAHU. :)

Unknown said...

Erdagon dan Ahmaddinejad adalah contoh terbaik masa kini yang berani mengecam Yahudi di hadapan khalayak dan pemimpin negara yang ramai walaupun kadang-kadang kita tidak bersetuju dengan pengangan mereka.

Tetapi mereka telah berjaya membuka minda dan mata dunia umat ISLAM, khusus kepada saya dan kita semua yang bukan berbangsa ARAB.

Post a Comment