Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

500 tahun lalu dan 50 tahun mendatang

May 12, 2009


Hari itu aku mengajar pelajaran pendidikan Islam buat murid-muridku. Tajuknya ialah mengenai penyebaran Islam oleh Rasulullah SAW kepada raja-raja sekitar Semenanjung Arab melalui surat. Antara yang menerima surat Rasululllah itu ialah Muqauqis dari Mesir. Muqauqis tidak menyambut seruan Islam Rasulullah tersebut tetapi mengirimkan hadiah buat Rasulullah berupa seorang hamba perempuan berbangsa Qibti bernama Mariah. Mariah itulah yang dikahwini Rasulullah SAW akhirnya dan melahirkan putera baginda bernama Ibrahim.

Pelajaran itu berkisar mengenai hamba kerana ramai muridku yang tertanya-tanya mengenai hamba. Aku menjelaskan cara hamba diperolehi pada zaman dahulu iaitu melalui peperangan dan pembelian. Ada juga hadiah dan pemberian seperti Muqauqis menghadiahkan kepada Rasulullah SAW. Namun, Islam menyediakan ruang yang amat luas untuk membebaskan hamba. Banyak juga galakan membebaskan hamba. Terdapat kesalahan-kesalahan yang kifaratnya membebaskan hamba.

Pada masa ini hamba telah tiada.

Dalam masyarakat Melayu perhambaan juga menjadi amalan. Namun perolehan hamba tersebut penuh dengan kezaliman dan penindasan. Jika seseorang berhutang dan tak mampu membayar hutangnya, ia akan menjadi hamba berhutang. Satu konsep yang berbeza dengan hamba berhutang (Mukhatab) dalam Islam.

Para raja Melayu pada masa lalu mempunya banyak hamba. Ada kelompok dalam masyarakat Melayu tradisi yang dipanggil hamba raja. Golongan hamba raja ini, biarpun namanya hamba, dalam masyarakat mereka lebih tinggi dignity daripada rakyat biasa.

Raja-raja Melayu zaman dahulu juga ada gundik. Kadang-kadang sampai berpuluh-puluh gundik. Gundik adalah hamba perempuan raja. Lebih tepat dikatakan hamba seks kepada raja-raja.

Murid-muridku ternganga mendengar ceritaku. Aku tersenyum melihat mereka.

"Kamu semua....wahai murid-murid perempuan yang manis, tak akan dijamin selamat jika hidup pada zaman dahulu", aku melontarkan buat mereka satu ancaman.

"Andainya seorang raja itu masuk ke dalam kampung kamu, dia nampak kamu...kamu...dan kamu...dia kata dia mahu kamu...maka para pengawalnya akan bawa kamu ke istana, secara rela atau paksa...di istana raja, kamu akan hidup sebagai gundik raja, hamba seks raja".

"Sampai begitukah ustaz?"seorang murid perempuan kelihatan ragu.
"Itu tak adil ustaz!", murid yang lain memprotes.
"Aku bunuh raja tu ustaz",seorang murid lelaki bangun mempamer sifat Hang Jebatnya.

"Itulah sisi buruk para raja Melayu zaman dahulu, walau ada sisi baik mereka...", Aku menenangkan mereka.

Riak ketidakpuasan hati terpamer pada sesetengah muridku.

"Hari ini kita bangsa Melayu yang merdeka, bebas dan bukan lagi seperti 500 tahun yang lalu. Kita semua tak rela menjadi hamba raja. Apa lagi mudrid-murid perempuanku semua",balasku.

Aku menerangkan hal tersebut bukan kerana menanamkan kebencian kepada raja-raja. Apa yang aku terangkan itu ada dicatatkan dalam buku sejarah Melayu. Ada dalam Hikayat Hang Tuah dan sederetan hikayat yang lain.

Kita rakyat yang menjujung rukun bernegara yang dikehendaki termasuklah rukun Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Ini selalu aku tekan kepada muridku. Tetapi kita bukan setia sehingga memperhambakan diri.

Bangsa Melayu 500 tahun yang lalu tidak akan sama dengan bangsa Melayu 50 tahun akan datang. Sekarang pun sudah ramai yang telah bangkit meleraikan rambu ramba tali-tali perhambaan kepada raja. Singgahsana buat seorang raja hari ini bukan tempat selesa sangat. Ramai juga Melayu hari ini melihat raja dengan pandangan mata yang dikecilkan. Ada yang tidak menghiraukan kewujudannya. Ada yang yang ingin melihatnya hanya sekadar seperti melihat keris dalam cermin di muzium.

Sebahagian kecil masih mengangkat sembah batu jemala. Segelintir sahaja yang tunduk mencari butir duli tuanku.

Ramai yang tak lagi menyebut perkataan 'baginda' . Hanya menyebut 'dia seorang raja'.

Aku cuma menyebut baginda buat Rasulullah junjungan.

Kes yang terjadi di Perak pada masa ini, tak akan terjadi 500 tahun yang lalu. Tintah raja bukan apa-apa berbanding hujah perundangan. Titah cuma sebuah perintah, bukan lagi titah, kata keramat yang tidak boleh disanggah.

Aku terkenang 500 tahun yang lalu. Aku menanti dan ingin melihat 50 tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment